Wednesday, November 3, 2010

PERCUBAAN MAKE-UP KEDUA







Selain daripada mencuba mengaplikasi ilmu make-up yang saya perolehi ke atas wajah kakak saya,saya juga telah mencuba sekali lagi teknik corrective make-up yang telah saya pelajari ke atas wajah saya sendiri.Sila lihat hasil kerja make-up saya seperti di atas.Dapat lihat beberapa perubahan pada wajah seperti wajah kelihatan lebih licin,hidung saya bertambah mancung,dahi dan pipi saya juga kelihatan lebih kurus,lebih bersegi dan berbentuk.

Saya akan cuba memperbaiki lagi mutu solekan saya dari masa ke semasa.
Sila beri komen yer......hehe

Monday, November 1, 2010

PERCUBAAN MAKE-UP






Setelah menimba pelbagai ilmu asas solekan daripada pensyarah yang saya hormati iaitu Encik Fifi,saya telah menguji teknik yang saya perolehi dengan mengaplikasikan make-up ke atas wajah kakak saya iaitu Lydia.Untuk sesi percubaan ini,saya banyak menggunakan teknik yang saya telah pelajari di dalam kelas terutama semasa sesi pembelajaran teknik corrective make-up.Selain itu,semasa pembelajaran teknik gender riversal yang saya telah aplikasikan ke atas wajah saya juga menjadi panduan kepada saya untuk melakukan percubaan make-up ke atas wajah kakak saya.Hasilnya dapat dilihat melalui gambar-gambar yang saya selitkan di atas.

Sila beri komen yer atas hasil kerja make-up saya ini....hehe

Sunday, October 31, 2010

SEMALAM BERSAMA PENGLIPURLARA (29/10/10)










Pada hari Jumaat 29 Oktober 2010,saya dan rakan-rakan dari kumpulan Teater semester 2 telah mempersembahkan malam teater bersama penglipurlara.Tema persembahan pada malam tersebut adalah bertemakan hikayat cerita rakyat melayu lama.Terdapat empat cerita yang dipersembahkan iaitu Nujum Pak Belalang, Lima Pendekar Bersaudara, Awang Lutong dan juga Si Tanggang. Kesemua pelajar telah membawa watak-watak tertentu dan saya telah membawa watak sebagai Sultan Syed Ahmad iaitu pemerintah pada zaman tersebut.Bagi watak ini,saya perlu memakai kostum dan mengaplikasi make-up tertentu bagi menonjolkan watak yang dibawa oleh saya.Sebagai Sultan Ahmad saya berperwatakan sebagai seorang raja yang kaya,berumur lingkungan 40-an serta mempunyai seorang anak iaitu Puter Dang Suria.Untuk watak Sultan ini,saya telah memakai kostum yang benar-benar menggambarkan diri saya sebagai seorang Sultan.Bagi solekan pula,saya telah mengaplikasi make-up tertentu bagi menampakkan diri saya sebagai seorang Sultan yang berumur dan garang.Sebagai permulaan,saya mengaplikasikan foundation sebagai asas solekan.Seterusnya saya,membuat shading dan highlight di bahagian tertentu seperti bawah mata,dahi dan juga pipi untuk menampakkan sedikit penuaan di wajah saya.Seterusnya,saya melukis jambang,janggut dan misai menggunakan eye liner hitam.

GENDER RIVERSAL 19/10/10













Pada 19 Oktober 2010, saya telah mempelajari satu lagi teknik solekan yang penting sebagai pelakon teater.Teknik solekan ini diberi nama gender riversal.Solekan ini memerlukan saya sebagai lelaki mengubah wajah saya melalui solekan menjadi seorang perempuan.Sebelum memulakan solekan ,saya perlu mencipta satu watak untuk diri saya sekiranya menjadi seorang perempuan.Saya mencipta watak saya sebagai seorang wanita Arab bernama Nasha Ar-Rayyan Maschalani.Berumur 24 tahun.Seorang yang begitu cantik dan mempunyai sepasang mata yang cantik.Selain itu,bagi pakaian pula saya memakai pakaian ala-ala wanita Arab dengan berjubah panjang,berselendang dan memakai aksesori yang menonjolkan penampilan saya menjadi wanita Arab.Selepas mencipta karakter,saya diminta oleh pensyarah untuk membuat beberapa lakaran atau sketches solekan yang akan diaplikasi pada wajah saya.Selesai membuat lakaran,barulah saya melakukan solekan mengubah wajah saya seterusnya memakai kostum yang dipilih.Untuk solekan,sebagai permulaan saya meletakkan asas foundation make-up,seterusnya saya melakukan shading dan highlight ke bahagian tertentu seperti hidung untuk menampakkan hidung saya lebih mancung.Seterusnya,saya meletakkan eye-shadow di kelopak mata saya menggunakan warna yang gelap.Selepas itu,saya melakar seluruh garisan mata menggunakan eye-liner bagi membulat dan membesarkan mata.Kemudian,saya meletakkan sedikit blusher di bahagian pipi dan seterusnya memakai bulu mata palsu bagi mencantikkan lagi mata saya.Akhir sekali,saya memakai gincu berwarna pink kemerahan di bibir yang telah diletakkan sedikit foundation bagi menambahkan lagi warna gincu saya.

Monday, October 18, 2010

MALAM LAGU PUISI &KOPI (27/9/10)




Pada malam 27 September 2010,Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik telah menganjurkan satu majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri.Pada majlis tersebut kami diminta untuk menyolek diri sebagai seseorang yang tua dan membawa perwatakan seperti warga tua sepanjang majlis rumah terbuka itu berlangsung.Sesi ini juga akan diberi pemarkahan sebagai peperiksaan pertengahan semester.Bermula pada jam 7.30 malam saya dan rakan-rakan yang lain berkumpul bagi membuat persediaan menyolek diri menjadi warga tua.Kami diberi masa selama sejam untuk menyiapkan diri.Kemudian pada jam 8.30 malam kami pun turun dan turut serta dalam upacara rumah terbuka tersebut.Sepanjang sesi tersebut,saya dan rakan-rakan beramah mesra dengan hadirin yang menghadiri rumah terbuka tersebut.Pelbagai komen,pujian dan kritikan yang kami terima terhadap teknik solekan kami.Kami berasa gembira kerana telah berjaya mengubah diri kami menjadi seorang warga tua.

SOLEKAN PENUAAN 2 (7/9/2010)

Pada minggu ini kelas solekan lebih menarik kerana hanya 3 orang pelajar sahaja yang menghadirkan diri iaitu saya dan dua lagi rakan iaitu Nuril Hakim dan Rahman.Rakan-rakan yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana masing-masing telah pulang ke kampung bagi meraikan hari raya Aidilfiti yang akan tiba 3 hari sahaja lagi.Disebabkan ini Cik Fifi dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada kami bertiga.Pada minggu ini,saya masih lagi mempraktikkan teknik solekan penuaan.Cik Fifi telah memberi panduan dan cara yang paling efektif bagi mendapatkan hasil penuaan yang terbaik.Selain itu,yang bertambah menarik juga apabila Cik Fifi sendiri yang telah melakukan solekan ke atas wajah saya dan dua lagi rakan.Cik Fifi juga mengatakan bahawa setiap daripada kami mempunyai cara yang berbeza untuk melakukan shading dan highlight kerana setiap daripada kami mempunyai bentuk wajah yang berbeza selain kedutan yang timbul juga berbeza.Cik Fifi juga memberi panduan kepada kami untuk melakukan penekanan di bahagian bawah pipi,dahi dan bawah mata kerana di bahagian-bahagian inilah yang akan memberi kesan yang lebih efektif dalam teknik solekan penuaan ini,.

LATIHAN SOLEKAN PENUAAN(24/8/10)








Pada 24 Ogos 2010,saya melakukan latihan dalam teknik solekan penuaan.Pada minggu ini,saya dan rakan-rakan melakukan latihan yang kali kedua untuk teknik solekan tua.Teknik solekan ini perlu dilatih banyak kali bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan bagus.Pada latihan ini juga,saya menggunakan buku-buku rujukan sebagai panduan untuk memperbaiki lagi mutu solekan.
Setelah mengaplikasikan make-up asas ke atas wajah,saya banyak melakukan shading dan highlight di kawasan-kawasan yang akan menampakkan kedutan. Di antara kawasan -kawasan yang banyak memain peranan penting dalam solekan penuaan ini adalah di bahagian bawah mata,bahagian dahi,pipi dan bahagian dagu.bahagian-bahagian inilah yang kebiasaannya akan mengalami banyak kedutan.Untuk shading saya menggunakan "negro" foundation dan untuk highlight saya menggunakan "white" foundation.Setelah selesai melakukan solekan,saya dapat lihat perbezaan yang berlaku ke atas wajah saya di mana saya kelihatan seperti seseorang yang lebih tua dan berumur.