Monday, July 26, 2010

pengenalan make up design

Pada hari Selasa 20 julai 2010,saya serta rakan-rakan dari kumpulan teater semester 2 Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik telah memulakan sesi pembelajaran kursus CTT132 iaitu basic make-up design..Pada hari tersebut saya dan rakan-rakan didedahkan dengan pengenalan dan teori-teori asas make up.
Make-up bermula sejak dari zaman jahiliah lagi.Semasa zaman tersebut,dikhabarkan kaum wanita yang datang haid adalah kotor dan mudah didampingi oleh syaitan.Untuk mengelakkan masyarakat lain dipengaruhi oleh syaitan,wanita-wanita tersebut diasingkan dari masyarakat dan dikelarkan muka mereka (make up).Lipstik pula bermula dari wanita-wanita Egypt pada 1000 S.M.Pada zaman tersebut,mereka mewarnakan bibir mereka dengan lukisan atau paint,seperti henna dan amalan mewarnakan bibir sangat penting sehingga ada pepatah Egypt mengatakan "A wowan without paint is like food without salt".dari pepatah ini,dapat kita simpulkan betapa pentingnya lipstik pada zaman tersebut.
Selain daripada itu,mengapa kita memerlukan make-up?Selain daripada untuk lebih menyerikan dan mencantikkan wajah seseorang terutama wanita,make-up juga penting untuk menunjukkan atau melahirkan sesuatu emosi dan karakter serta memberi perbezaan bagi sesuatu watak yang ingin ditonjolkan.
Antara alat-alat make-up pada zaman kini adalah foundation atau bedak asas.Terdapat tiga jenis bedak asas iaitu bedak asas cecair,bedak asas krim serta bedak asas dua dalam satu.Bagi kebanyakan wanita,mereka lebih gemar menggunakan bedak asas cecair kerana begitu mudah digunakan dan dapat memberikan kesan yang semulajadi seperti lapisan kulit kedua.Bedak asas cecair ini juga diperkenalkan dengan dua jenis iaitu jenis cecair dan jenis minyak.Bedak asas krim pula lebih menjadi pilihan jurusolek-jurusolek profesional kerana bedak asas jenis ini memberi kesan lebih licin dan tahan lama.Manakala bedak asas dua dalam satu juga semakin digemari pada masa kini kerana ia mudah dan menjimatkan kerana bedak asas yang bertindak sebagai foundation dan juga bedak.
Setelah memakai bedak asas atau foundation,bedak juga diperlukan sebagai lapisan setelah memakai foundation.Terdapat beberapa jenis bedak iaitu pertama,bedak tabur (loose powder).Bedak ini banyak digunakan oleh jurusolek kerana mudah menyerap minyak di wajah dan menutupi pori-pori wajah dengan lebih sempurna.Kedua,bedak padat(compact powder).Bedak ini lebih menjadi pilihan wanita kerana mudah digunakan tetapi pemakaian yang berlebihan akan menampakkan kulit muka seperti bertopeng dan tidak sekata.Selain itu,jenis bedak ketiga pula adalah shimmering powder.Bedak ini berwarna dan ber-glitter dan digunakan sebagai sentuhan terakhir selepas bersolek.Bedak ini juga lebih berfungsi untuk menampakkan tubuh lebih berkilau dan bercahaya kerana banyak digunakan di punggung,leher dan lengan.Seterusnya keempat adalah meteorite powder.Bedak ini berbentuk bulat kecil dan berwarna- warni dan digunakan setelah selesai make-up untuk sentuhan terakhir tetapi jarang menjadi pilihan kerana harganya lebih mahal dan sukar didapati.Bedak kelima pula adalah jenis two way cake powder.Bedak ini mirip seperti compact powder,tetapi mempunyai perbezaan kerana bedak ini berfungsi sebagai bedak dan juga foundation.Apabila ingin diguna sebagai bedak dipakai menggunakan spons yang kering,sekiranya ingin diguna sebagai foundation dipakai menggunakan spons yang basah.Walaupun bedak ini mempunyai dwi fungsi,terdapat juga kelemahan kerana warnanya terbatas dan tidak mampu menutup pori-pori dengan begitu sempurna.
Inilah antara pengetahuan yang saya pelajari semasa sesi pertama pembelajaran di kelas ini.Selepas ini,saya mengharapkan agar dapat mengumpul lebih banyak ilmu daripada pensyarah saya yang dihormati iaitu encik Fifi.

NASH......