Setelah mempelajari teori tentang corrective make-up,kini tibalah masa untuk saya mengaplikasikan teknik solekan ini ke atas wajah saya.Sebelum memulakan solekan,Cik Fifi meminta saya dan rakan-rakan untuk mengambil gambar muka dan seterusnya gambar tersebut di print sebesar kertas A4.Kemudian,gambar wajah tersebut ditekap menggunakan kertas tekap.Proses ini diperlukan kerana melalui proses ini saya dapat membuat lakaran terhadap perubahan yang ingin dilakukan di atas kertas sebelum mengaplikasikan di atas wajah saya.Selain itu,ia juga bertujuan untuk memastikan saya dapat lihat dan merancang terlebih dahulu bahagian mana yang ingin diperbaiki.Melalui teknik solekan corrective make-up ini juga,saya dapat belajar bagaimana ingin menukar bentuk wajah seperti kelihatan bujur,bulat dan sebagainya.Setelah lakaran siap dilakukan,saya pun mengaplikasikan setiap apa yang dirancang ke atas wajah saya.Sebagaimana yang di dalam gambar-gambar di atas,dapat dilihat wajah saya kelihatan lebih bersegi,lebih runcing dan hidung saya kelihatan lebih mancung.Ini semua kerana teknik corrective make-up yang telah saya aplikasikan ke atas wajah saya.
No comments:
Post a Comment