Monday, October 18, 2010

TEKNIK PENUAAN (17/8/10)

Dalam kelas pada 17 ogos 2010,Cik Fifi telah mengajar saya dan rakan-rakan satu lagi teknik solekan iaitu solekan penuaan.Semua manusia akan mengalami penuaan.Penuaan ini merupakan satu proses kehidupan yang akan dilalui apabila umur seseorang itu semakin meningkat.Pada masa penuaan ini,kita dapat lihat bagaimana wajah seseorang akan mengalami proses kedutan di wajah.Dalam lakonan juga,teknik solekan ini amat penting kerana adakalanya seseorang pelakon diberi watak untuk menjadi seseorang yang lebih tua daripada umur asalnya.Cik Fifi mengajar saya teknik solekan ini agar saya dan rakan-rakan dapat merasai dan mempelajari bagaimana untuk mengubah wajah menjadi lebih tua di samping merasai pengalaman sebagai seorang warga tua walaupun umur saya dan rakan-rakan masih dalam usia remaja.
Teknik solekan ini merupakan solekan yang sukar dan perlu dilakukan dengan begitu teliti supaya kelihatan benar-benar menjadi dan real.Setelah mempelajari teknik-teknik tersebut,saya dan rakan-rakan diarah oleh pensyarah untuk melakukan lakaran di atas kertas tekap sebelum mengaplikasikan teknik solekan ini di wajah kami.Dalam lakaran ini,saya telah mebuat lukisan dan lakaran pada bahagian wajah yang perlu diubah bagi menampakkan kedutan akibat proses penuaan.Proses lakaran ini penting sebelum saya memulakan solekan agar solekan yang ingin dilakukan akan menjadi lebih mudah dan kurang melakukan kesilapan.

No comments:

Post a Comment